CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 11 Mac 2015

Pray for Miracle

Hari ini, tanggal 11 March 2015 genap sebulan mak sakit. genap sebulan juga tiada lagi masakan mak, ayah pun da start komplen makanan tawar, masin, manis sangat..dan juga makan lauk kedai je sekarang.

Masih kuingat lagi pada 11 Feb yang lalu, bagai semalam ia berlaku. Aku masih mengharapkan ia hanya mimpi ngeri yang panjang. Namun, siapala kita untuk mempersoal qada dan qadar dariNya. Betapa Allah sayangkan kami sekeluarga maka ditimpa ujian yang begini berat. Aku tahu ayah susah hati, sedih dan kecewa. Namun, dia tak nak tunjukkan didepan kami anak-anak.

Saat aku dan ayah menemui doktor untuk mengetahui result CT Scan mak, lidahku tidak berhenti berzikir dan mengharapkan semua baik-baik sahaja. sebaik doktor memberitahu, mak menghidap kanser paru-paru stage 4, di mana melalui kata-kata doktor, jangka hanya hanya 6bulan sahaja. Allahhuakabar...air mataku tidak berhenti mengalir. Betawa sedihnya aku bila memikirkan kehidupan kami nanti tanpa mak di sisi. Betapa kami masih perlukan mak.

Dalam setiap solatku, air mata seolah-olah tidak pernah henti mengalir. Terlalu murah untuk mengalirkan air mata. Sehinggalah pada hari kelima mak disahkan kanser, kami ke Darussyifa untuk berikhtiar secara tradisional. Alhamdulillah, segala kesedihan itu hilang. Seolah-olah semuanya seperti sedia kala walaupun mak tidak lagi kuat seperti dulu.

Sehingga detik ini, kami masih mengharapkan keajaiban itu berlaku. Semoga mak pulih seperti sedia kala. Walaupun menurut kata doktor, hanya 20% sahaja pesakit kanser stage 4 yang akan pulih, kami mengharapkan mak antara yang terpilih untuk pulih sepenuhnya. Semoga kami sekeluarga diberi ketabahan dalam menempuh ujian ini.

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan